Search

Coronavirus: Pemilik Salon perlu tahu

“Senjata kita yang terbaik sebenarnya adalah bertenang, praktikal, bersikap rational dan menggunakan kebijaksanaan kita” kata Dr. Margaret Haris dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).


Pertubuhan Kesihatan Dunia secara rasminya telah mengklasifikasikan wabak COVID-19 sebagai pandemik global pada hari ini. Tidak dapat di elakkan daripada wabak ini, kini telah sebanyak 553 kes telah disahkan (sejak 15 Mar 2020) di Malaysia.

Sementara kesan penuh Covid-19 kepada Malaysia belum lagi diketahui, sebaiknya langkah berjaga-jaga di ambil untuk melindungi diri, pekerja dan perniagaan anda.

Mengambi kira kepada pandemic ini, adalah sangat penting untuk sentiasa dikemas kini berkenaan dengan garis panduan kesihatan daripada pertubuhan-pertubuhan yang boleh dipercayai seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia. Ini adalah untuk memastikan anda mendapat sumber-sumber yang sahih untuk mengelakkan tersebarnya berita palsu kepada pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan anda.


Hospital dan kerajaan sedang berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang awam, banyak perniagaan masih menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka sepanjang tempoh ini.



Berikut adalah 6 petua dari pemilik salon yang berpengalaman dan media kecantikan akan membantu salun anda berjalan lancar semasa pandemik virus.


Petua Umum:


1. Mengalakkan membuat temu janji untuk memberi ruang kepada pelanggan.

Sejak wabak Covid-19, pakar Perubatan telah memberi amaran kepada orang awam untuk tidak berada di dalam kelompok orang ramai dan tempat yang sempit, dan ini telah mengurangkan motivasi orang ramai untuk mengunjungi salon untuk pemotongan berkala.

Sebagaimana anda ingin perniagaan salon anda berjalan seperti biasa, dinasihatkan untuk berhati-hati dalam mewujudkan persekitaran yang selamat semasa mendapatkan perkhidmatan di salon anda.

Rangka ruang perkhidmatan anda secara kreatif dan fleksibel berdasarkan berapa ramai pelanggan yang anda boleh layan sementara yang selebihnya dalam ruang menanti pada jarak yang selamat. Ini dikatakan sebagai “jarak tempat duduk” (kekal berada pada jarak sekurang-kurangnya satu meter (3 kaki)) sila rujuk https://www.who.int/news-room/q-a-detail/q-a-coronaviruses. Gunakan temujanji dan jadual bagi mengatasi aliran pelanggan mengikut pelan kedudukan pelanggan.



2. Umumkan tahap kebersihan salun anda secara umum.

Anda hendaklah menjadikan kebersihan salun anda secara telus dan releven untuk para pelanggan dan orang awam melalui medium media social dan menghantar sms. Sentiasa ada maklumat mengenai proses pembasmian kuman,log sanitasi dan suhu badan para pekerja. Ramai SO sekadar berdiam diri pada masa ini, namun perkara ini tidak membantu dalam mejaga reputasi salun dan tidak menggalakkan perniagaan salun untuk mula membina kepercayaan dan menarik untuk para pelanggan anda.



3. Menetapkan piawai kebersihan salon baru

Banyak salun yang berjaya dalam memastikan piawai kebersihan salun mereka, terutamanya pada masa kini.

Para pelanggan menjadi lebih yakin dengan salun yang berkenaan. Kita dapat melihat perkembangan pesat dalam kesedaran berkaitan kebersihan walaupun sebelum wabak covid-19 merebak. menguatkuasakan dan menguatkan lagi kebersihan salun pada masa ini adalah sangat perlu.


Aspek kebersihan termasuk:

- Pencemaran silang barang kelengkapan

- Lantai salun, stesen perkhidmatan dan kebersihan tandas

- Kebersihan diri pekerja dalam salun

- Pensterilan dan kaedah pembasmian

- Menerangkan langkah menjaga kebersihan kepada pelanggan



4. Pemasaran Semasa

Sentiasa releven satu cabaran kepada kebanyakan pemilik salun (SO). Mendapatkan perhatian dari para pelanggan adalah bahagian yang sangat penting dalam bahagian pemasaran. Ramai SO memikul trend terkini atau berita hangat. Ini lah yang dikatakan sebagai pemasaran semase. (Real Time Marketing)

Covid-19 adalah isu yang paling hangat pada masa kini,SO perlu menghalatuju strategi pemasaran bagi mendapatkan perhatian para pelanggan. Sebagai contoh,ramai orang suk berkongsi di laman social facebook atau instagram tentang cara untuk membuat pencuci tangan sendiri atau cara untuk meningkatkan system immune badan dengan pemakanan. Dengan perkongsian dan perbincangan berkaitan dengan Covid-19 pasti akan meningkatkan kesan pemasaran kepada salun anda. PENTING:pastikan anda mendapatkan info daripada sumber yang boleh dipercayai bagi mengelakkan tersebarnya berita palsu.


Anda juga boleh menawarkan voucer atau diskaun kepada para pelanggan di atas sokongan dan tanggungjawab mereka. Contoh, salun memberikan 5% kepada para pelanggan yang memakai topeng muka sepanjang keberadaan mereka di salun.



5. Sentiasa memotivasikan para pekerja.

Sentiasa mengemas kini dengan para pekerja dengan berita berita terbaru berkenaan perkembangan dan peraturan kesihatan.

Bina satu stesyen kebersihan di tempat kerja dan pastikan semua orang mengikut protocol bagi memastikan semua orang berada dalam keadaan yang sihat. Galakkan para pekerja untuk telus dalam keadaan kesihatan mereka sekiranya mereka berasa tidak sihat atau baru pulang dari bercuti.

Sementara para pekerja mengambil berat tentang kesihatan mereka dan keluarga, anda juga perlu faham bahawa mereka juga bimbang akan kerja dan kebajikan tempat mereka bekerja. Berbincang dengan para pekerja tentang rancangan anda dan keprihatinan para pekerja pasti akan menguatkan lagi semangat kepasukanan dan mendapat sokongan daripada mereka untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Duduk berbincang dan berkongsi dengan meraka tentang pandangan dan pendapat mereka


6. Apakah perkara yang terbaik untuk dilakukan seterusnya?

Masih ada peluang bagi setiap cabaran. Banyak salun yang mengambil ini sebagai satu peluaang untuk menaiktaraf dan memperbaiki dalam setiap aspek berkenaan dalam perniagaan salun.


Mungkin anda aka nada banyak masa dan focus dalam isu-isu seperti:

- Kemahiran pekerja

- Prosedur bekerja

- Sistem Salun

- Pangkalan data dan profil pelanggan

- Kewangan

- Halatuju perniagaan dan kedah pemasaran.


Kepada para SO, ini adalah masa yang terbaik untuk mendaftar laman web bagi meningkatkan pemasaran secara dalam talian dan kemahiran pengurusan salun serta pengetahuan.



Penutup


Suka atau tidak, epidemic Covid-19 akan terus memberikan kesan kepada setiap daripada kita dan ia akan berakhir untuk jangka masa yang panjang. Diharapkan pada masa ini para pemilik salun melihat peluang baru daripada berdiam diri dan berundur daripada zon selesa. Coco Chanel enyatakan ‘seorang wanita yang memotong rambut di salun adalah sedang mengubah hidupnya’.


Jika anda bekerjasama secara positif dengan persekitaran perniagaan sekarang, anda akan mengundang cara yang baik pada masa hadapan untuk salun anda di mana perkara ini akan membantu anda membina prospek dan perniagaan yang teguh.


Sentiasa sihat dan selamat.




#covid19 #gackpacksalon #groomify